Catatan Ilmu daripada IAEA 2015 The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA (Siri 2)

Opening Ceremony

Majlis pembukaan persidangan diadakan pada hari Isnin 12 Oktober 2015 jam 8.30 hingga 9.15 pagi. Majlis diadakan secara ringkas dengan persembahan muzik klasik masyarakat Kansas. Diikuti ucapan alu-aluan oleh Professor Dr Neal Kingston, Director of the Achievement and Assessment Institute, University of Kansas selaku Ketua Secretariat persidangan sebelum ucapan pembukaan rasmi.

Pembukaan rasmi persidangan dilaksanakan oleh President IAEA, Lenore de La Llana-Decenteceo daripada Negara Filipina. Beliau terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada seluruh dunia ke persidangan itu serta menyatakan penghargaan kepada Center for Educational Testing and Assessment, University of Kansas yang menjadi hos kepada persidangan kali ke-41 itu. Beliau menyatakan bahawa persidangan kali ini mencipta sejarah kerana kali pertama setelah lebih satu dekad tidak diadakan di Amerika Syarikat.

Pemilihan Amerika Syarikat memberi makna kerana pengenalan standard kurikulum yang baru diperkenalkan di banyak negeri di Amerika Syarikat. Sistem pentaksiran yang baru juga banyak diperkenalkan di Amerika Syarikat susulan daripada pengenalan standard kurikulum  tersebut. Tidak kurang juga banyaknya masalah dan kontraversi yang timbul daripada pengenalan standard kurikulum dan system pentaksiran yang baru itu dalam landskap pendidikan di Amerika Syarikat. Oleh itu, ujar president IAEA itu, kita hendak belajar daripada rakan-rakan di Amerika Syarikat tentang perkara tersebut.

Puan president juga mengulas tentang tema persidangan iaitu ‘Validity, Validity, Validity’. Baginya tema tersebut menyentuh secara langsung isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan pentaksiran sama ada pentaksiran formatif apatah lagi pentaksiran sumatif yang bersaiz besar. Beliau menyoal “Bagaimana kita mereka bentuk, mengendali, menilai dan mengguna pentaksiran yang boleh memberi kesan secara positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran?” Matlamat akhir tersebut sesungguhnya menjadi justifikasi kewujudan IAEA.

Kesimpulan

Mengakhiri ucapan ringkasnya, puan president menyeru deligasi persidangan yang ke-41 itu untuk meneruskan tradisi mengangkat martabat dan memperbaiki pentaksiran pendidikan di dunia dan seterusnya mengiktiraf slogan pendidikan untuk semua. Tiada sebarang upacara diadakan sebagai simbul perasmian persidangan sebagaimana kebiasaan persidangan antarabangsa yang kita adakan di tanah air. Selepas ucapan perasmian oleh president terus diadakan Keynote Address. Begitulah mudah dan ringkasnya upacara pembukaan persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh badan professional antarabangsa yang melibatkan peserta daripada seluruh dunia. Naib Canselor university tempat persidangan diadakan, apatah lagi menteri tidak perlu hadir dalam upacara pembukaan rasmi itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s