Teks Ucapan Ketua Eksekutif MPM ke-6

Antara banyak ucapan saya semasa memimpin organisasi pendidikan sama ada semasa menjadi Timbalan Pengarah atau Ketua Eksekutif, saya sangat suka untuk berkongsi apa yang saya sampaikan kepada rakan-rakat pimpinan tertinggi MPM sekitar 20 orang. Ucapan tersebut adalah ucapan sulung saya pada 7 April 2014 iaitu hri pertama saya melapor diri sebagai Ketua Eksekutif (KE) MPM sebelum diberi taklimat tentang MPM.

Ucapan tersebut walaupun ditujukan kepada pimpinan tertinggi MPM, sebuah badan peperiksaan besar di Malaysia, ia bersifat umum (tiada perkara SULIT) dan boleh dikongsi dengan atau dibaca  oleh sesiapapun. Oleh itu rakan-rakan yang masih ada di MPM terutama KE baru iaitu Tn Haji Fauzi Dato’ Kassim (tahniah atas lantikan secara back to back dengan saya) tidak perlu bimbang tentang kerahsiaan MPM. Sebelum teks ucapan itu saya tulis, banyak juga rujukan saya buat terutama ucapan-ucapan yang masyhor oleh CEO organissi-organisasi besar dunia. Saya tidak edit sedikit pun sebelum saya kongsikan kepada pembaca dalam blog ini  walaupun mungkin terdapat kesalahan ejaan atau kesalahan Bahasa. Selamat membaca

Assalamualaikum wbt

Yang dihormati Timbalan2 KE Tn Hj Fauzi Dato Kassim dan Cik Toh Kim Eng, rakan2 Ketua Bahagian dan rakan-rakan pimpinan tertinggi MPM..

Saya mengucapkan syukur kerana diberi kepercayaan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan dan menyumbang tenaga di MPM bersama rakan2 yang telah lama di sini. Terima kasih kepada semua terutama Tn Hj Fauzi dan Cik Toh yang telah bersusah payah membuat persiapan untuk memberi taklimat kepada saya tentang MPM.

Di sebalik kesyukuran saya menerima jawatan ini, saya insaf bahawa saya bukanlah seorang yang punya pengetahuan, kepakaran dan pengalaman luas dalam business ini mengatasi rakan2 yang telah lama berkhidmat di MPM. Oleh itu saya amat berharap rakan2 bersikap terbuka apabila saya bertanya soalan. Insya Allah apabila saya bertanya soalan bukan tujuan saya untuk mencari kesalahan atau kelemahan sesiapa tetapi sebaliknya saya ingin melihat atau mempelajari bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan di samping bagaimana kita dapat melakukan penambahbaikan (improvement).

Saya amat yakin apa yang telah dirancang, dilaksana dan ditinggalkan oleh semua KE terdahulu dan dijalankan tugas dengan baik oleh Tn Hj Fauzi  dibantu oleh Cik Toh semasa ketiadaan KE tidak boleh dipertikaikan. Untuk itu saya mengucapkan syabas dan penghargaan kepada mereka berdua dan anda semua yang telah membantunya.

Sebagai Ketua Eksekutif, saya akan cuba sedaya upaya untuk mendahulukan proses daripada personaliti. Kehadiran saya seperti dikehendaki banyak pihak terutama pemegang taruh (stake holder) bukan untuk menyusahkan sesiapa tanpa tentu pasal tetapi adalah untuk melihat bagaimana kita semua boleh bekarja sama untuk mencari keuntungan korporat kepada business kita.

Untuk itu, saya mempunyai beberapa jangkaan (expectation) yang ingin saya kongsikan dengan rakan2 di sini:

Pertama, Keselamatan (safety and security). Oleh kerana business yang kita lakukan adalah dalam bidang peperiksaan yang tinggi pertaruhannya (high stake), aspek keselamatan tidak boleh dianggap ringan. Di bahagian mana sahaja kita ditempatkan di MPM ini, apatah lagi di bahagian yang mengendalikan kerja-kerja sulit, saya ingin menganjurkan satu budaya (culture) yang dapat menjamin kita semua balik rumah dengan selamat dan tenteram perasaan serta tidur yang lena setiap hari.

Saya akan selalu bertanya soalan yang spesifik dalam aspek ini. Bukan sahaja untuk mengelakkan daripada business kita rugi atau terpaksa mengeluarkan belanja yang besar jika berlaku perkara yang tidak diingini, bahkan untuk mengelak daripada ada di antara kita terpaksa menanggung malu, disiasat dan ‘masuk dalam’. Dan yang lebih penting adalah untuk mengelak nama organisasi tercemar dan produk kita yakni sijil yang kita keluarkan dipertikaikan. Diharap semua berlapang dada (terbuka) untuk menerima bagaimana hal ini harus ditangani.

Kedua, respek. Jangkaan ini anda semua boleh tujukan kepada atau dapatkan daripada saya. Saya akan layan anda semua dengan respek yang tinggi pada setiap masa. Ini bermakna no shouting, yelling or baiting. And I will expect the same treatment in return, and the same courtesies will be extended to others in the company, at all levels. Hal ini tidak pula bermakna kita tidak boleh menjadi seperti manusia biasa  — as a matter of fact, saya suka mendengar  gurau senda berbentuk  laughter and chatter — but it must be kept on a basic, respectful level.

Ketiga, integriti. Ini bermakna kita nyatakan perkara yang benar dengan kejujuran. Anda boleh jangkakan agar saya menyatakan perkara yang benar dan saya juga menjangka yang sama. Terutama dalam business yang kita lakukan, tiada guna kita bercakap tidak benar atau menyembunyikan fakta terutama dalam keadaan turbulance. Sebagai kapten sebuah pesawat yang sedang terbang sama ada tinggi atau rendah saya wajib mengendalikan (manuver) pesawat dengan baik untuk mengelak tragedi buruk. Untuk itu saya perlu maklumat tepat, konsisten dan sahih.

Menyatakan yang benar dengan adab yang betul adalah satu kebebasan. Kebenaran adalah satu subjek yang tiada politiknya dan tiada taboo. Jika ia boleh menjadikan organisasi kita lebih baik, nyatakan kebenaran itu pada bila2 masa (do it candidly) tanpa menunggu mesyuarat. Walau bagaimanapun, dalam business yang kita lakukan ini saya masih percaya dan berpegang kepada prinsip ‘need to know and need not to know basis’. Ada perkara yang kita perlu tahu dan ada yang tidak perlu. Tetapi prinsip ini perlu diguna pakai dengan penuh integriti juga.

Keempat, teamwork. Jika anda perlukan bantuan, anda perlu bertanyakannya (ask for it). Tiada siapa perlu merasa dirinya atau kedudukannya dalam bahaya sekiranya pekerjaan yang baik yang dilakukannya mendapat bantuan orang lain walaupun sedikit apatah lagi banyak. Sebatang lidi, walaupun mudah patah, apabila diikat dalam satu kumpulan menjadi penyapu, kesannya kepada lantai amatlah besar.

Oleh itu, anda termasuk diri saya sendiri, hendaklah sentiasa bersikap terbuka menghulur bantuan. Jika anda punya kebolehan dan anda yakin bantuan anda itu mampu memperbaiki pekerjaan orang lain di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi hulurkanlah bantuan itu. Sememangnya hal ini menuntut kita semua menambah usaha dan pengorbanan yang lebih daripada kebiasaan. Usaha dan pengorbanan kita akan diraikan dan dihargai dalam pelbagai bentuk oleh orang lain di dalam dan di sekitar organisasi kita. Paling minimum, apabila anda membantu orang lain mencapai matlamat organisasi, anda akan dapati suatu masa nanti apabila anda atau orang lain memanjat tangga dalam kareer hidup masing2 barulah ganjarannya anda terima dalam pelbagai bentuk seperti yang saya nyatakan di atas.

Itulah empat jangkaan saya di MPM ini. Sila beritahu saya sekiranya masih ada jangkaan lain yang sepatutnya saya nyatakan.

“My door is always open. Thanks for listening.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s