Eksplorasi Uzbekistan Bahagian 3

Kami tiba di Lapangan Terbang Tashkent pada pukul 4.30 petang hari yang sama kami berlepas dari KLIA pada pukul 9.50 hari Jumaat 16 September 2016. Penetbangan terus dengan Uzbekistan Air memajkan masa 7 jam setengah. Rasanya ada dua atau tiga kumpulan pelancong lain dari Malaysia yang kebanyakannya Melayu.Selebihnya pelancong Singapura dan rakyat Uzbek atau rakyat lain yang hendak ke Uzbekistan dalam pesaawat yang kami naiki. Kapal terbang berlepas mengikut jadual.  Continue reading

Advertisements

Eksplorasi Bumi Ambia Aulia Ulama dan Umara: Uzbekistan (Bahagian 2)

Eksplorasi Bumi Ambia,  Aulia, Ulama dan Umara: Uzbekistan (Bahagian 2)

Saya dan isteri telah bersiap untuk ke Uzbekistan ini sejak dua tiga minggu sebelum berlepas pada 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437, bermakna Hari Raya Haji ke-5. Apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah saya dan isteri terus berdoa semoga perjalanan ke Uzbekistan ini diredhai Allah, selamat dalam perjalanan dan selamat empat orang anak yang ditinggalkan. Disebabkan kesibukan menyambut Hari Raya Haji dan berkorban di Surau Raudhatil Muttaqin Seksyen Empat Shah Alah, tempat saya tinggal, saya tidak sempat menelusuri perihal negara yang hendak saya lawati, Uzbekistan, melalui internet seperti kebiasaan sebelum saya ke luar negara. Jadi tidak banyak yang saya ketahui tentang Uzbekistan.

Continue reading

Eksplorasi bumi ambia aulia ulama dan umara: Uzbekistan

Walaupun penat sangàt mengujakan. Lawatan 7 hari ke Uzbekistan dengan Rayhar Travel bersama isteri dan 22 kawan baru tàmat semalam. Tidak pernah terduga akan ke Uzbekistan sebelum ini kerana menyangka tiada apa yang istimewa tentangnya. Namun hanya setelah menjejak kaki di bandaraya Tashkent pada jam 4.30 petang 16 September 2016 dan terbang balik Kuala Lumpur jam 9.20 malam 22 September 2016, keistimewaan Uzbekistan terserlah.

Continue reading