Eksplorasi bumi ambia aulia ulama dan umara: Uzbekistan

Walaupun penat sangàt mengujakan. Lawatan 7 hari ke Uzbekistan dengan Rayhar Travel bersama isteri dan 22 kawan baru tàmat semalam. Tidak pernah terduga akan ke Uzbekistan sebelum ini kerana menyangka tiada apa yang istimewa tentangnya. Namun hanya setelah menjejak kaki di bandaraya Tashkent pada jam 4.30 petang 16 September 2016 dan terbang balik Kuala Lumpur jam 9.20 malam 22 September 2016, keistimewaan Uzbekistan terserlah.

Perjalanan eksplorasi saya dan isteri ke Uzbekistan dirancang oleh anak perempuan saya, Ainul Huda yang bekerja di Rayhar Travel Dungun setelah saya bersara dari Ketua Eksekutif MPM pada 19 Julài 2016. Saya dàn isteri menurut sahaja walaupun langsung tiada idea tentang keistimewaan Uzbekistan sebelum itu. Semasa di Manchester, Profesor Tom Christie penyelua PhD saya ada juga menyebut beberapa kali berulang alik ke Uzbek untuk projek konsultasi pendidikan. Namun saya tidak pernah ambil peduli tentangnya. Pada fikiran saya Uzbekistan hanyalah sebuah negara bekas jajahan Rusia yang tiada apa-apa keistimewaan. Malahan apabila terjumpa baju atau pakaian made in Uzbekistan semasa lawatan ke mana-mana negara, saya tidak akan membelinya walaupun buatannya elok.

Segalanya berubah setelah Eksplorasi Islamik oleh Rayhar Travel itu. Rakan-rakan lain yang bersama saya dalam eksplorasi itu juga sama pandangannya dengan saya. Malahan seorang pelancong Cina dari Singapura semasa sama-sama beratur untuk menaiki pesawat Uzbekistan Air dari Tashkent ke Kuala Lumpur melalui Singapura juga menyatakan dia tidak pernah menyangka Uzbekistan menyimpan rahsia sebuah tamadun besar yang panjang yang sangat penting di dunia.

Eksplorasi kami bermula dengan bayaran depisit RM500 tanda setuju oleh Ainul Huda. Pendaftaran dan bayaran penuh sàya buat di Pejabat Rayhar Sdn Bhd di Seksyen 9 Shah Alam. Jumlah yang dikenakan oleh Rayhar Travel ialah RM4900 untuk pakej full board. Bagi saya jumlah itu sangat murah berbanding dengan kemudahan makan, hotel, pengangkutan, khidmat pemandu pelancong, Mansur orang Uzbek yang boleh bercakap Melayu dan Inggeris dengan baik dan yang paling penting lawatan ke tempat bersejarah yang sangat perlu diketahui oleh orang Islam seperti saya yang saya tidak ketahui sebelum itu. Yang saya ketahui tentang Uzbekistan sebelum itu hanyalah Imam Bukhari kerana kami akan melawat Bukhara selain Tashkent dan Samarqand walaupun saya pernah dengar tentang al Samarqandi.

Bersambung ke Bahagian 2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s