Eksplorasi Uzbekistan Bahagian 3

Kami tiba di Lapangan Terbang Tashkent pada pukul 4.30 petang hari yang sama kami berlepas dari KLIA pada pukul 9.50 hari Jumaat 16 September 2016. Penetbangan terus dengan Uzbekistan Air memajkan masa 7 jam setengah. Rasanya ada dua atau tiga kumpulan pelancong lain dari Malaysia yang kebanyakannya Melayu.Selebihnya pelancong Singapura dan rakyat Uzbek atau rakyat lain yang hendak ke Uzbekistan dalam pesaawat yang kami naiki. Kapal terbang berlepas mengikut jadual. 

Kapten dan keew orang Uzbèk. Maklumat kepada penumpang diumum dalam bahasa Uzbek dan Inggeris. Kumpulan kami duduk berhampiran antara satu sama lain. Penerbangan selesa dengan Boeng 767 yang dilengkapi sistem audio video yang menyebakan penerbangan yang panjang kurang membosankan.

Peminat movie yang terdiri daripada filem-filem Uzbek boleh diikuti jalan ceritanya kerana telah dialihbahasa ke dalam bahasa Inggeris walaupun oleh dua orang sahaja, satu lelaki satu perempuan. Walaupun pelakonnya kanak-kanak alih suaranya tetap orang yang sama. Kadang-kadang agak sukar memahami jalan cerita kerana tidak tahu siapa yang bercakap kepada siapa.

Apapun satu usaha yang baik untuk membolehkan penonton bukan Uzbek memahami cerita. Pada umumnya tema filem yang diutarakan baik untuk tontonan umum. Semasa balik filem-filem Uzbek yàng mendidik masyarakat banyak dipersembahkan. Saya sempat menonton dua filem tentang pendidikan. Saya tidak dapat menonton lebih banyak filem lagi kerana penat setelah enam hari berjalan. Saya lebih banyak memasang maklumat penerbangan.

Di Lapangan terbang Tashkent kami teringat Lapangan Tetbang Antarabangsa Subang dalam tahun 70an. Turun dari perut kapal terbang kami menaiki bas ke dalam terminal. Tidak berapa banyak kapal terbang lain yang kami lihat walaupun lapangan terbang itu merupakan lapangan terbang antarabangsa ibu negara sebuah negara merdeka. Ruang ketibaan kami setelah menaiki bas antara pintu masuk dengan kaunter imigresen agak sempit tetapi ada bilik air untuk melepas hajat. Kebanakan kami pernah melancong ke luar negara. Oleh itu kami boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Walaupun kebanyakan kami baru mengenali antara satu sama lain, kami boleh bekerjasama dan memahami keadaan tersebut. Rasanya perkara itu merupakan faktor kejayaan lawatan kami.

Kaunter imigresen yang dibuka  cuma ada empat. Jumlah semua ada enam tetapi dua kaunter lagi tidak digunakan. Oleh itu walaupun kelihatannya seperti penumpang dari kapal terbang kami sahaja yang melalui pemeriksaan imigresen, masa diambil agak lama. Kononnya kami pelancong dari Asia diberi fast track tetapi ada  penumpang lain yang  potong barisan . Mereka mendakwa ada status diplomat. Kami sabar sahaja tidak buat komplen sangat. Dalam hati geram juga. Tapi apalah gunanya protes kepada pengawal keselamatan yang kelihatannya tegas tetapi double standard. Kami tidak berani mengambil gambar walaupun kamera ada di tangan kerana dimana-mana negara sekali pun tiada sesiapa dibenarkan mengambil gambar apatah lagi video dalam ruang pemeriksaan imigresen.

Oleh kerana kami masuk Uzbek dengan visa kumpulan, kami terpaksa berbaris mengikut giliran seperti tercatat dalam senarai yang dipegang oleh wakil Rayhar, saudara Hazwan Nuaim. Jadi kami dipanggil seorang demi seorang ke kaunter yang sama oleh Hazwan yang diselang-selikan oleh penumpang negara lain yang memotong barisan. Ini menjadikan proses imigresen sahaja memakan mada lebih satu jam. Pujian diberi kepada Hazwan kerana walaupun bukan sahaja kali pertama ke Uzbekistan malahan kali pertama membawa jemaah ke luar negara selain urusan Umrah dan Haji, beliau mampu mengendalikan kami dengan cemerlang. Sudah pasti kami juga banyak membantu beliau.

Tiada musolla di lapangan terbang.Waktu solat maghrib di Tashkent ialah 6.34 pm. Kami ada lagi kira-kira empat puluh lima minit untuk solat zuhur dan asar jamak taakhi setelah semua urusan ketibaan selesai. Kami cuba untuk solat di mana-mana tempat.di lapangan terbang tapi tiada tempat yang sesuai kerana ruang yang agak sempit selain pemandu bas kata boleh solat di masjid kerana jaraknya 10 minit sahaja. Ternyata untuk sampai masjid memakan masa lebih setengah jam. Ada antara kami solat hormat waktu sahaja. Sepatutnya kami solat dalam kapal terbang. Hal ini boleh menjadi panduan dan peringatan kepada jemaah lain yang ingin ke Uzbekistan.

Seperkara lagi Masjid Minor (Menara) yang kami pergi itu tidak membenarkan orang perempuan solat bersama lelaki dalam masjid. Mereka bermazhab Hanafi yang tidak menggalakkan perempuan ke masjid. Sesampai kami di  masjid itu waktu maghrib pun masuk. Jadi hanya orang lelaki yang solat maghrib isyak. Di hotel kami qadha zuhur asar.

Tandas dan tempat wuduk di semua masjid di Uzbekustan sangat jauh dengan masjid. Sama ada masjid baru seperti Masjid Minor yang dibina tahun lepas oleh Karimov atau masjid lama sejak kedatangan Islam ke bumi Uzbekustan dibawa oleh Husam Ibn Abbas, keadsannya sama. Hal ini menyebabkan ada di antara kami yang mengambil wudhuk dengan air dalam botol sahaja atau di bilik aiar tetapi tidak sempat berjemaah bersama imam masjid.  Di seluruh Uzbekistan, azan tidak didengan di luar masjid.

Lapangan tetbang Tashkent sama seperti Lapangan terbang Subang tahun 70an bukan sahaja kerana kemudahan yang terhad malahan keadaan di luarnya juga. Ramai orang Uzbek menunggu saudara mara di luar pagar kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan lapangan terbang.

Oleh itu kami terpaksa mengheret beg masing-masing ke dalam bas yang sedia menunggu di luar pagar di celah-celah ratusan orang Uzbek yang menunggu di tempat sama. Suasana ini menjadikan kami terasa bahawa ketibaan kami seperti disambut dan dialu-alukan oleh mereka walau tiada seorangpun yang kami kenali kecuali Mansur pemandu pelancong dan Qomil pemandu bas kami.Kami sempat mengambil gambar sambil mengheret beg.

Keadaan di lapangan terbang Tashkent ini dapat kita fahami kerana Uzbekistan baru sahaja merdeka daripafa Rusia 25 tahun yang lalu. Terlalu banyak pembaharuan dan pembangunan yang dibuat oleh Allahyarham Presiden Islam Karimov. Saya difahamkan banyak yang hendak dipelajari daripada Malaysia untuk terus membangun negara Uzbekistan oleh pemimpin mereka. Uzbekistan punya potensi besar untuk menjadi negara Islam yang maju dalam tempoh yang singkat kerana sumber semula jadi yang terdiri daripada sejarah yang panjang melebihi tiga ribu tahun yang masih ada tinggalannya selain sumber alam yang kaya. Tidak mustahil zaman kegemilangan bumi ini yang menjadi laluan sutera antara China dan Laut Mediteranian akan berulang.  Calon presiden yang menjadi Perdana Menteri semasa pemerintahan Karimov diharap dapat meneruskan legasi bekas ketuanya jika memenangi pilihanraya dalam bulan Disember nanti. Sama-sama kita doakan.

Bersambung ke Bahagian 4.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s