Food Truck atau Mobile Cafe di Shah Alam

Hari ini saya bersama isteri dam anak perempuan saya buat kali kedua mengunjungi tapak di mana anak muda menjalankan perniagaan secara food truck atau mobile cafe di tempat letak kereta Anggerik Mall Shah Alam.  Kami ke sana lebih kurang pukul 11.00 malam di mana perniagaan mereka hampir tamat kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Sambil makan piza dan minum kopi yang saya pesan kami berbual-bual memperkatakan konsep perniagaan secara food truck. Saya katakan kepada anak dan isteri saya bahawa perniagaan secara food truck itu masih baru di Malaysia berbanding di luar negara seperti yang pernah kami lihat semasa kami berada di Manchester kira-kira 18 tahun dahulu. 

Di Manchester misalnya, kami sering kali melihat dan membeli makanan daripada food truck di tapak jualan car boot sale seperti di padang atau tanah lapang di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh dewan atau majlis bandaran. Tempat yang menjadi kegemaran kami sekeluarga kunjungi ialah di tanah lapang di sebelah Lapangan Terbang. Antarabangsa Manchester. Sambil membeli barang terpakai di car boot sale yang murah bersama keluarga dan rakan-rakan pelajar senior yang buat PhD atau Masters kami berkelah (picnic) di tepi atau hujung tanah lapang tersebut. Kami membawa makanan dari rumah atau membelinya daripada food truck. Makanan halal yang boleh didapati daripada food truck itu dan menjadi kegemaran anak-anak saya ialah kentang panggang (baked potato). Dalam cuaca sejuk makanan ini sangat sesuai bukan sahaja kerana harganya murah iaitu £1 sahaja sebiji, malah enak dan mengenyangkan. Kentangnya besar boleh dikongsi dua atau tiga orang.

Kunjungan kami ke tapak food truck Anggerik Mall Shah Alam mengimbau semula kenangan kami 18 tahun dulu semasa di Manchestet dan kami tiga beranak bercerita mengenainya sambil makan piza tuna cheese dan minum late dan cappuchino. Kami bercerita sesama kami tentang perniagaan makanan berkonsepkan mobile cafe atau food truck. 

Tidak puas bercerita sesama kami tiga beranak, kami panggil dua orang anak muda pengusaha perniagaan ini yang telah selesai mengemaskan lori kecil atau truck serta meja makan mereka ketana masa telahpun menghampiri jam 12.00 tengah malam. Mereka ialah Hafizuddin atau Din dari Seksyen 9 dan Haikal dari Seksyen 18 Shah Alam. Saya katakan kepada mereka bahawa saya penulis blog dan ingin menulis tentang perniagaan mereka. Mereka tidak keberatan bercerita seperti yang saya minta untuk saya jadikan sebagai bahan penulisan.

Terdapat 12 atau 13 truck yang menjalankan perniagaan di sini. Mereka bersatu dalam satu persatuan yang ahlinya dari pelbagai bangsa di seluruh negara. Oleh kerana perniagaan ini baru di Malaysia, mereka yang di Anggerik Mall ini baru sahaja mendapat permit sah dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lepas walaupun telah memulakan perniagaan ini kira-kira tiga bulan lepas.

Sebelum mendapat permit yang sah beberapa kali juga mereka dihalau dan terpaksa menutup perniagaan pada malam itu atau mengalihkan truck mereka ke tempat lain. Namun atas kegigihan mereka dan kekuatan persatuan yang berdaftar dengan ROS akhirnya mereka bukan sahaja mendapat permit malahan sering kali dipanggil pihak MBSA untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang perniagaan secara food truck.

Pada pemerhatian saya yang telah dua kali mengunjungi tempat ini untuk makan dan minum, usaha anak muda ini patut disokong dan digalakkan. Malahan perlu diberi bantuan modal dan ilmu serta kemahiran untuk menggalakkan lebih ramai lagi anak-anak muda terutama bumiputera berniaga. 

Petniagaan ini boleh dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa. Contohnys Din yang menjual makanan masakan Johor seperti Laksa Johor, mee rebus, mee jawa dan nasi beriani membuat perniagaan ini secara sambilan. Haikal yang menjual burger pula membuatnya secara sepenuh masa. Haikal yang berkelulusan Diploma Senireka Dalaman telah berhenti kerja makan gaji untuk memberi tumpuan kepada perniagaan ini dengan modal sebanyak RM70  ribu untuk membeli truck atau lori kecil yang direka khas sesuai bagi menjual makanan masakan Johor.

Semua truck atau lori kecil yang mereka gunakan sama seperti yang kami jumpa di negara-negara yang pernah saya lawati. Lori mereka mempunyai kontena kecil yang boleh dibuka dindingnya. Lori itu dilengkapi peralatan memasak dan menyediakan makanan yang dipesan pelanggan. Dindingnya dihias cantik dan kemas dengan tulisan nama truck, senarai makanan dan gambar-gambar yang memperagakan makanan yang dijual dengan harganya sekali.

Trak-trak mereka disusun dalam dua barisan enam di kanan dan enam atau tujuh di kiri. Di antara barisan-barisan trak mereka diletakkan meja dan kerusi plastik untuk pengunjung makan. Meja- meja itu dinomborkan supaya mudah mereka menghantar makanan yang telah disiapkan mengikut pesanan pelanggan. Pelanggan perlu membayar terlebih dahulu makanan yang dipesan.

Melihat gaya berpakaian yang kemas, tingkahlaku dan pertuturan mereka, daripada awal saya telah mengagak bahawa kebanyakan mereka adalah anak-anak muda yang terpelajar atau terdidik dengan baik. Mungkin ada yang mempunyai ijazah. Haikal contohnya ada diploma. 

Oleh itu tidak hairan jika mereka mampu menghadapi cabaran dengan bijaksana. Pada penilaian saya cara mereka mengatasi cabaran juga baik. Contohnya mereka menggunakan saluran yang betul untuk mengesahkan perniagaan mereka dengan permit daripada MBSA. Cara mereka menghadapi kerenah pelanggan juga baik. Contohnya, saya uji salah seorang daripada mereka semasa memesan piza dengan mempertikai harga yang ditawarkan kepada saya pada mulanya ialah RM20 tetapi apabila saya nak bayar dia kata RM26. Dia menjawab perlahan sambil tersenyum bahawa dia sebut betul. Yang dimaksudkan RM20 ialah piza yang lain dalam senarai di dinding lorinya.

Selepas perniagaan tamat kira-kira pukul 12.00 tengah malam kami bertiga menjadi antara pelanggan terakhir. Oleh itu kami nampak mereka membersihkan kawasan letak kereta Anggerik Mall itu. Tidak hairan pada siang hari seperti selalu saya kunjungi tempat ini langsung tiada sampah atau kesan makanan tercicir di atas tempat letak kereta bertar itu. 

Bagi saya tiada sebab pihak berkuasa tempatan tidak meluluskan perniagaan mereka. Makanan yang dijual bukan sahaja enak dan berkhasiat malahan selamat dimakan kerana mereka semua telah melalui pemeriksaan kesiharan daripada Kementerian Kesihatan.

Tulisan ini dihasilkan melalui pengamatan dan sedikit maklumat daripada dua orang yang saya ajak berbual bersama anak dan isteri saya sahaja. Jika terdapat perkara yang tidak tepat atau bercanggah terutama daripada pengunjung lain dan pihak MBSA saya sedia menerimanya.

Advertisements

One thought on “Food Truck atau Mobile Cafe di Shah Alam

  1. Observation yang bagus, harap dapat dibaca juga oleh pengurusan majlis tempatan supaya memberi support kepada usaha ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s