Perjalanan ke Morocco dan Sepanyol Mac 2017

Sekali lagi menyertai rombongan melancong bersama Rayhar Travel. Kali ini ke Morocco dan Sepanyol dari 17 hingga 25 Mac 2017. Seramai 27 orang veteren diketuai Ustazah Fatimah Idris menaiki Emarates. Saya ditugaskan membantu Ustazah Fatimah mana yang patut terutama semasa transit 9 jam di Dubai Airport. 

Biasalah bila kita menaiki Emarates untuk ke mana-mana destinasi pun mesti transit di Dubai. Kata orang Dubai ialah syurga membeli belah. Di airportnya pun kita disuruh membeli belah terutama emas yang memang murah dan berkualiti. Akhir tahun lepas semasa melawat Dubai dan Abu Dhabi bersama rakan, Ir Hj Yaakob dan isterinya Rosnah Jamali, terpikat dan sangkut juga emas di jari dan kaki isteri saya Saadah. Tanda sayang isteri.

Perjalanan 5556 km dari KUL ke DBX selama tujuh jam tidaklah begitu memenatkan. Pesawat Emarates yang besar dan dua tingkat dilengkapi monitor permainan video movie yang menyebabkan tidak bosan. Nak tidur pun awal lagi. Kami sampai Dubai jam 10.00 malam.

Transit di Dubai selama 9 jam. Sambil menunggu ada yang tidur duduk di kerusi, ada yang baring di lantai dan ada juga yang merayau-rayai ‘window shopping’. Akhirnya pukul 7.35 kami terbang lagi ke Casablanca, Morocco.

Penerbangan ke Casablanca lebih jauh dan lama. Jarak penerbangan 6100 km mengambil masa tujuh jam setengah. Keadaan dalam pesawat adalah hampir sama kerana dengan Emarates juga. Penumpang dari Malaysia selain kami ada juga beberapa orang. 

Sampai di Lapangan Terbang Muhamad Casablanca jam 11.50 pagi. Alhamdulillah proses ketibaan dengan pemeriksaan imigresen dan kastam tidak mengambil masa yang panjang walaupun barisan berbelok-belok yang agak panjang. 

Di luar kami dijemput oleh Atiq, Miqdad dan Sulaiman rakyat Malaysia. Atiq tinggal di Sheffield UK, Miqdad di Marakesh Morocco dan Sulaiman di Madrid Sepanyol. Setelah sedikit taklimat oleh Atiq dan tukar wang Euro ke Dirham Morocco kami menaiki coach untuk ke Masjid Hassan II masjid hassan II lawatan pertama dan solat asar zuhur jamak.

Dari lapangan terbang ke Masjid Hassan II di pusat bandaraya Casablanca mengambil masa 45 minit. Dalam perjalanan, Atiq dan Miqdad bergilir-gilir memberi penerangan tentang Casablanca dan Morocco.

Casablanca bermaksud  ‘rumah putih’ mempunyai penduduk 4 juta sahaja. Bandar ini tidak sebesar Fes, Marakesh dan Rabat. Rabat ialah ibu negara. Jumlah penduduk Morocco 50 juta. Padat di bahagian utara berbanding selatan.

Morocco pernah dijajah oleh Peranchis dan Sepanyol. Bahagian utara di bawah Sepanyol dan Selatan yang berjiran dengan Algeria di bawah Peranchis. Sebahagian besar wilayah selatan adalah Gurun Sahara yang sentiasa menjadi pertikaian dengan Algeria, jiran Morocco di selatan. 

Kami tidak menginap di Casablanca sebaliknya meneruskan perjalanan dengan bas ke Fes di timur laut Casablanca sejauh 4 jam. 

Advertisements

One thought on “Perjalanan ke Morocco dan Sepanyol Mac 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s