Sejarah Morocco

​Morocco adalah sebuah negara beraja di Utara Afrika. Nama lainnya ialah Maghribi. Raja yang memerintah dari tahun 1999 hinggà sekarang ialah  King Muhammad VI. Beliau mendakwa keturunan Nabi SAW. Perdana Menteri yang mula dilantik pada tahun 2007 ialah Abbas El Fasi.

Keluasan negara ini ialah 446,550 km persegi. Penduduknya pada tahun 2010 ialah 31,627,428 dengan kadar pertambahan 1% setahun. Sekarang penduduknya ialah 33.8 juta orang. Bahasa rasmi ialah Arab Barbar manakala agama rasmi ialah Islam Sunni.

Ibu negaranya ialah Rabat namun bandar-bandar yang besar ialah Casablanca, Marakesh dan Fez. Mata wangnya ialah Dirham. Sekarang 10.468 Dirham bersamaan €1 atau RM4.78. Jadi nilai mata wang Dirham sekarang lebih kurang separuh daripada Ringgit Malaysia walaupun tiada pertukaran langsung dari RM ke Dirham di mana-mana pun pada masa ini.

Morocco berada di barat laut benua Afrika memanjang dari Selat Gibralta dan Laut Mediteranian di utara ke selatan dengan Lautan Atlantik di baratnya. Ia berjiran dengan Algeria di sebelah timur dan Mauritania di sebelah selatan. Sepanjang beberapa kilometer dari pantai Lautan Atlantik hingga ke kaki Banjaran Atlas, tanahnya subur. Dari Laut Mediteranian menjulur ke selatan sebelah barT Morocco terletak Banjaran Atlas higga ke Gurun Sahara berkongsi dengan Algeria.

Sejak milinium kedua sebelum Masihi, Morocco menjadi tempat tinggal kaum Barbar. Dalam tahun 46 selepas Masihi, Morocco ditawan oleh Rome sebagai sebahagian wilayah Mauritania sehingga abad kelima apabila orang-orang Arab Islam menguasainya pada tahun 685 menjadikan Morocco negara Uslam dengan nama Maghribi. Orang-orang Barbar diislamkan.

Tidak lama selepas Islam memerintah, Morocco di bawah Tarik bin Ziad telah berjaya menawan selatan Sepanyol atau Andalusia pada tahun 711 dengan bantuan orang-orang Barbar. Namun pada tahun 1086 orang-orang Barbar menguasai semula wilayah yang luas dinamakan Moirish Spain sehinggalah kerajaan Islam Andalusia  jatuh semula ke tangan Sepanyol pada abad ke-13 setelah memerintah selama lebih 800 tahun.

Kisah penaklukan selatan Sepanyol atau Andalusia oleh Tariq bin Ziad menarik untuk dipelajari. Angkatan tentera Tariq dengan beberapa kapal perang telah berjaya sampai ke sebuah pulau di tanah paling selatan benua Eropah yang sekarang dinamakan Gibralta. Nama ini berasal daripada Jabal Tariq iaitu sebuah bukit di pulau itu dimana setelah mendarat, Panglima Tariq telah mengarahkan tenteranya membakar semua kapal. Tentera Islam tiada pilihan selain berjuang mengalahkan tentera Kristian Sepanyol. Jarak pelayaran dari Morocco ke Sepanyol dengan feri sekarang adalah satu jam. Tidak mungkin tentera Islam berpatah balik ke Morocco.

Selain keberanian dan kekuatan tentera Tariq bin Ziad melawan tentera Kristian Sepanyol, faktor lain kemenangan tentera Islam ialah perpecahan di kalangan orang-orang Kristian di utara yang sedang berebut kuasa di kalangan pemumpin. Satu kumpulan pemimpin Kristian di selatan terutamanya bukan sahaja telah belot malahan telah membantu tentera Tariq menawan Andalusi. Begitulah juga sebaliknya Islam di Andalusia jatuh semula ke tangan Kristian Sepanyol apabila peminpunnya berebut kuasa sehingga ada yang meminta bantuan pihak Kristian di utara Sepanyol.

Morocco sejak zaman berzaman dikatakan jarang bersatu dan selalunya diperintah oleh suku kaum yang kecil membentuk negeri-negeri. Konflik antara orang-orang Arab dan Barbar yang menduduki Morocco dikatakan kronik. Hal ini memudahkan Portugal dan Sepanyol menguasai dan menjajah Morocco. Pada tahun 1660 Morocco berada di bawah kekuasaan Dinasti Alawi yang mendakwa keturunan Nabi SAW hingga sekarang.

Namun sepanjang pemerintahan dinasti ini Morocco beberapa kali dijajah oleh Sepanyol, Portugal dan Peranchis. Konflik antara Morocco dengan Algeria berhubung Gurun Sahara memudahkan Peranchis menguasai Morocco terutama di sebelah selatan. Morocco pernah dibahagi dua dalam satu perjanjian antara Peranchis dan Sepanyol. Wilayah di sebelah utara dikuasai Sepanyol manakala di sebelah selatan oleh Peranchis. Walaubagaimanapun Dinasti Alawi terus menjadi raja sehingga Morocco merdeka pada tahun 1956.

Morocco di bawah Peranchis dan Sepanyol

Sepanjang abad ke 17 dan 18 Morocco adalah sebahagian negeri-negeri di bawah Barbar yang menjadi pusat perniagaan secara lanun di laut Mediteranian mengikut perspektif Eropah. Kuasa Eropah berminat untuk menguasai negara ini bermula pada tahun 1840 memandangkan kelemahan pemimpinnya yang berpuak atau bersuku-suku.

Pada masa yang sama beberapa negara Eropah yang saling betminat untuk menguasai Morocco juga saling bertelingkah sesama mereka terutama Peranchis dan Sepanyol. 

Akhirnya pada tahun 1904, Peranchis dan Sepanyol telah membuat perjanjian sulit membahagikan Morocco mengikut wilayah masing-masing. Sebahagian besar Morocco dikuasai Peranchis. Sebahagian kecil sahaja wilayah Morocco di sebelah barat daya yang bergurun Sahara dikuasai Sepanyol. Tidak hairan pengaruh Peranchis seperti bahasa dan pemerintahan Morocco lebih kuat diuasai Peranchis berbanding Sepanyol walaupun Sepanyol lebih dekat dari segi geografi.

Morocco berkembang lebih pesat daripada Eropah selepas perjanjian itu terutama dalam kelengkapan perang. Hal ini menyebabkan cemburu dan pertelingkahan antara negara-negara Eropah sehingga hampir mencetuskan Perang Eropah dalam tahun 1905. Negara German berminat untuk menguasai tanah yang kaya dengan galian di Morocco. 

Dalam Persidangan Algeciras (satu tempat di selatan Sepanyol tempat di mana feri dari Morocco ke Sepanyol mendarat) pada tahun 1906 Sultan yang memerintah Morocco mengekalkan kawalannya ke atas Morocco dan Andalusia di Sepanyol dengan bantuan Peranchis. Di sini Peranchis mendapat privieges ke atas Morocco berbandibg negara-negara Eropah yang lain.

Persidangan ini merupakan pencetus kepada Perang Dunia Pertama apabila Jerman dan Austria-Hungary membuat pakatan melawan Peranchus, Britain dan Amerika Syarikat di pihak yang lain.

Kemerdekaan dan Kedaulatan Morocco

Dalam tahun 1912, Sultan Morocco Maulai Abdul Hafid telah memberi kebenaran kepada Peranchis untuk melindungi pemerintahannya. Semangat kebangsaan menentang penjajahan telah bangkit semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1953 Sultan Muhamad V yang tidak menyukai Peranchis telah disingkirkan dan digantikan dengan bapa saudaranya. Walau bagaimanapun dengan kebangkitan rakyat menentang penjajahan Peranchis membolehkan beliau menguasai semula Kesultanan Morocco pada tahun 1955. Peranchis dan Sepanyol telah mengiktiraf kemerdekaan Morocco pada 7 April 1956.

Selepas kematian Sultan Muhamad V pada 26 Februari 1961, anaknya Raja Hassan II menjadi raja yang telah memperkenalkan pemerintahan demokrasi ala ‘Hassanian democracy’. Beliau membenarkan kebebasan politik dengan melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri untuk menjalankan pentadbiran namun pada masa yang sama mengekalkan kuasa mutlak raja (sistem monarki). Raja berkuasa mutlak terhadap tanah dan hasil mahsul bumi Morocco.

Setelah memerintah selama 38 tahun Raja Hassan II telah mangkat dan digantikan oleh puteranya Raja Muhamad VI  pada bulan Igos 1999. Sejak itu hingga sekarang Raja Muhammed VI telah memperkenalkan sistem politik yang lebih terbuka. Beliau telah membenarkan kebebasan bersuara dan menyokong pembaharuan ekonomi. Dia juga telah memberi hak dan kebebasan kepada wanita. Walaupun Islam menjadi agama rasmi, sistem sekular menjadi tunggak pemerintahannya. Dengan 20% penduduknya hidup di dalam kemiskinan, pembaharuan dan pengembangan ekonomi menjadi matlamat utama pemerintahannya.

Jamil Adimin, Hotel Octavio, Algeciras, Sepanyol 21 Mac 2017

Advertisements

One thought on “Sejarah Morocco

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s