Perang Saudara di Balkan Sepintas Lalu

Lama sebelum penaklukan Constantinopole Islam sebenarnya telah sampai ke Eropah terutama melalui kerajaan Islam Andalusia. Apabila kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol jatuh semula ke tangan Kristian pada tahun 1493, Raja Ferdinand tidak membenarkan orang-orang Islam dan Yahudi (Orang-orang Getho) tinggal di Sepanyol. Mereka diusir atau dibunuh. Ramai yang lari ke Bulgaria, Albania, Macedonia, Bosnia dan negara-negara lain di Eropah Timur. Ini bermakna sebelum penaklukan Eropah melalui penaklukan Constantinopole (Istanbul) oleh Empayar Otoman Turki 1463 Islam telah bertapak lama di Eropah Timur dan tengah.

Albania dan negara-negara Balkan lain adalah agak ramai rakyatnya beragama Islam di Eropah tengah. Negara-negara ini baru sahaja mengenal erti kemerdekaan sekitar tahun 1999 hingga 2006 walaupun hingga sekarang Albania misalnya masih belum berbaik dengan negara jirannya Macedonia.

Albania sejak 1463 berada di bawah empayar Islam Otoman berpusat di Turki. Selama lebih 500 tahun di bawah empayar Otoman seperti negara-negara Eropah Tengah yang lain rakyat beragama Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman damai. Rakyat boleh mengamalkan agama masing-masing dengan aman. Rakyat beragama Kristian dan Yahudi dilindungi oleh pemerintahan Islam daripada serangan Monggol dan Kominis Rusia. Begitulah keadaannya sejak pemerintahan Islam Andalusia lagi.

Menjelang abad ke-20 hingga Perang Dunia Pertama 1914, Empayar Otoman di Turki semakin lemah. Albania dan negara-negara Eropah Tengah jatuh ke tangan Italy di zaman Musolini. Albania dan negara-negara seperti Croatia. Bosnia, Macedonia, Serbia, Montenegro dan Kosovo berada di bawah Roman Empayar diketuai Italy. 

Orang-orang Kristian di negara-negara sebelah timur seperti Albania, Macedonia, Kosovo, Serbia dan Bulgaria lebih banyak dipengaruhi oleh Kristian Orthodox Byzantium berpusat di Greece yang sangat fanatik dan kuat memusuhi Islam. Hal ini kerana selama 500 tahun di bawah Islam mereka seperti ingin membalas dendam.  

Ramai anak-anak lelaki Kristian telah diambil oleh Otoman untuk menjadi tentera yang baik bekerja dengan kerajaan Islam Otoman. Di satu pihak hal itu amat baik bagi ibu bapa Kristian kerana  anak-anak mereka menduduki posisi yang baik dalam angkatan tentera pemerintahan Otoman. Begitu juga dalam bidang yang lain seperti kejuruteraan, pertanian, perniagaan dan lain-lain profesion. Ramai antara mereka yang memeluk Islam dan sama-sama membangun negara masing-masing. 

Antaranya  George Casteraty seorang anak lelaki Kristian bangsa Albania yang telah diambil oleh pemerintah Islam Otoman ke dalam angkatan tentera, dilatih dan dididik sehingga menjadi seorang askar yang sangat baik. Dia memeluk Islam dengan nama Scander Bay. Dengan ajaran Islam yang menghormati ibubapa, keluarga dan keturunan, Scander Bay tidak lupa asal usulnya. Dia telah memimpin angkatan tentera membantu tentera Roman melawan Turki keluar daripada tanah airnya. Saya tinggalkan kepada pembaca untuk menilai hal tersebut.

Namun apabila Empayar Otoman di Turki semakin lemah disebabkan kelemahan pemimpinnya yang berebut kuasa, rasuah, salah guna kuasa, hidup mewah dan tidak menjalankan syariat, anak-anak Kristian itu jugalah yang bangkit membantu Kristian Orthodox membebaskan negara mereka datipada cengkaman (yang sudah lemah) Empayar Otoman Turki.

Semasa Empayar Otoman, pusat pemerintahan adalah di Turki. Yang ada di negara-negara Eropah termasuk Albania ini hanyalah Gubenur. Tiada pasukan tentera yang khusus dibentuk untuk mempertahankan rakyat dan tanah air di negara-negara berkenaan. Negara bangsa di negara-negara tersebut juga tidak di wujudkan oleh Empayar Otoman kerana sistem pemerintahan berpusat di Turki yang jauh. Empayar Otoman tidak petnah membuat persempadanam negara dan bangsa. Namun rakyat negara-negara tersebut ada keturunan, bahasa dan adat resam yang berbeza bukan sahaja dengan bangsa Turki malahan sesama mereka.

Selepas Perang Dunia Pertama negara-negara ini jatuh ke tangan Italy di bawah pengaruh Roman Empayar yang dipengaruhi oleh Roman Catholic yang kurang fanatiknya berbanding Kristian Orthodox. Negara-negara di sebelah barat yang lebih dekat dengan Rom dan  Italy seperti Croatia, Bosnia dan Montenegro lebih banyak penganut Roman Catholic manakala Albania, Macedonia, Serbia, Kosivo dan Bulgaria lebih kepada Kristian Orthodox.

Selama hampir 30 tahun Albania di bawah Italy banyak gereja, catherdral dan bangunan-bangunan bercirikan Roman Empayar didirikan. Jika di zaman Otoman, bangunan dan masjid lebih banyak bercirikan seni bina Moor dan Turki, di zaman Roman Italy lebih banyak kepada seni bina Roman. Hingga sekarang banyak lagi bangunan bercirikan Otoman dan Roman dipelihara.

Empayar Otoman setelah kalah Perang Dunia Pertama meninggalkan negara-negara Balkan begitu sahaja tanpa sempadan negara bangsa, ketenteraan, pentadbiran dan sistem pemerintaham negara merdeka. Sebaliknya, dalam masa 30 tahun Italy menjajah telah diwujudkan persempadanan negara bangsa dengan pemimpin dipilih di kalangan keluarga diraja Rom menjadi pemerintah di negara-negara tertentu. Kesannya wujudlah negara bangsa seperti Bosnia, Serbia, Croatia, Albania, Macedonia, Bulgaria dan Kosovo walaupun pada hakikatnya ada negara-negara yang sama bangsa, budaya dan bahasa seperti Bosnia, Croate dan Serb. Hanya agama sahaja yang membezakan mereka di mana orang Bosnia beragama Islam, Croate beragama Roman Catholic, Serb dan Macedoniam beragama Kristian Orthodox. Sebahagian besar lagi tiada agama (athies) seperti Presiden Tito kerana pengaruh komunis sosialis Rusia.

Pada masa itu orang-orang Yahudi tidak disukai Kristian. Italy yang bersekutu dengan German dalam Perang Dunia Pertama telah membunuh dan mengusir orang-orang Yahudi dari bumi Balkan seperti dilakukan Adolf Hitler di Germany. Ramai orang Yahudi di Eropah diselamatkan oleh Islam dan dibawa ke Turki.

Selepas Perang Dunia Kedua 1945, Italy, Jerman dan Jepun kalah di tangan tentera betsekutu diketuai Amerika Syarikat. Negara-negara Balkan diserahkan kepada Rusia. Negara-negara Balkan sekali lagi disatukan di bawah pemerintahan Komunis Sosialis Rusia di bawah nama Federation of Republic of Ugoslavia. Presiden pertama dan terakhir Persekutuan Ugoslavia ialah Presiden Tito. Dia seorang athies. Negara-negara yang berada di bawahnya pada dasarnya adalah negara komunis sosialis dan raja-raja yang memerintah di sesuatu negara menjadi boneka sahaja. Rakyat tidak dibenar mengamalkan agama masing-masing. Masjid dan gereja dimusnahkan. Di Albania hanya satu daripada ratusan masjid yang tinggal iaitu di Tirana. Orang Islam tidak dibenar mengguna nama Islam dan berpakaian menutup aurat.

Tito mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemimpin-pemimpin blok dunia ketiga seperti Jamal Nasir di Mesir, Sukarno di Indonesua, Indira Ghandi di India dam Tunku Abdul Rahman di Malaysia. Mereka telah mewujudkan pakatan Negara-negara Berkecuali (NAM). Kesannya di Balkan (Negara-negara bekas persekutuan Ugoslavia) rakyat tidak boleh mencampuri urusan negara lain. Oleh itu negara-negara di bawah Ugoslavia tidak perlu mempertahankan negara masing-masing dengan angkatan tentera masing-masing. Tentera persekutuanlah yang mempertahankan negari-negari di bawah Ugoslavia.

Negara-negara Balkan selepas kematian Tito 1991 menjadi benar-benar tertutup bukan sahaja daripada segi ekonomi, pentadbiran dan ketenteraan malahan muka buminya yang bergunung ganang sememangnya sukar dunia luar mengetahui apa yang berlaku di dalam negara-negara berkenaan. Oleh itu Perang Balkan dan Perang Bosnia tidak diketahui dunia luar pada peringkat awal.

Bantuan luar terutama dari negara-negara Islam sukar disalurkan. Hamya campur tangan Bangsa-bangsa Bersatu dengan restu Amerika perang ditamatkan. Negara-negara Islam termasuk Malaysia menghulur bantuan setelah agak lama perang berlaku. Melalui Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia menghantar tentera pengaman dikenali dengan Malbat. 

Mengapa perang saudara berlaku?

Pada tahun 1989 beberapa negara jajahan Rusia seperti Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Bulgaria  dan lain-lain telah berjaya menuntut kemerdekaan daripada Rusia. Pasa tahun 1991 Presiden Tito meninggal dunia menyebabkan Persekutuan Ugoslavia menjadi lemah. Mereka gagal melantik pemimpin berwibawa menggantikan Tito kerana masing-masing kumpulan etnik dan agama dari negeri-negeri persekutuan Uguslavia mahu wakil mereka dipilih.

Slovenia yang bersempadan dengan Austria yang bersempadan dengan Italy mendapat sokongan kedua-dua negara Eropah itu untuk menuntut kemerdekaan dari Ugoslavia. Dalam tahun 1992 Slovenia merdeka. Kemerdekaan Slovenia menyebabkan lima negara Balkan (bekas Ugoslavia) yang telah diwujudkan oleh Italy berdasarkan kumpulan etnik dan agama iaitu Slovevia, Bosnia-Herzegovina, Serbia, Croatia dan Albania-Macedonia juga mahu mewujudkan negara sendiri. Albania-Macedonia yang asalnya satu negara juga mahu berpisah kerana masing-masing rakyatnya majoriti berlainan agama dan bangsa.

Serbia yang merasakan kumpulan etniknya paling besar dan masih kuat pegangannya kepada faham sosialis Tito walaupun agamanya Kristian Orthodox tidak mahu perkara tersebut berlaku. Pada masa yang sama mereka tidak mahu bangsanya iaitu Slav yang terdiri daripada tiga ethnic iaitu Croate yang beragama Roman Catholic, Bosnia yang beragama Islam dan Serbia yang beragama Kristian Orthodox (terutama Islam) tinggal di negaranya. Serbia di bawah Slovodan Milosevic telah melakukan pembantaian ethnic cleansing orang-orang Islam Bosnia di Serbia, Bosnia, Kosovo dan Montenegro sebelum menubuhkan Republik Sepska berpusat di Banja Luka.

Croatia di sebelah utara yang kebanyakannya beragama Roman Catholic juga hendak menubuhkan negara sendiri. Begitu juga Bosnia-Herzegovina yang majoriti beragama Islam juga mahukan negara sendiri. Ketiga-tiga negara ini negara (Croatia, Setbia dan Bosnia) adalah dari kumpulan etnik yang sama iaitu bangsa Slav. Mereka mengguna bahasa dan budaya yang sama. Warna kulit dan bentuk muka yang sama. Hanya agama yang membezakan mereka.

Islam bukan sahaja berada di Bosnia di tengah-tengah antara Croatia di Utara malah di Serbia di Selatan. Apabila berlaku pertembungan antara menuntut kemerdekaan seperti Slovevia dan mempertahankan persekutuan Ugoslavia mengikut kehendak Serbia maka berlakulah perang saudara. Di Croatia puak Kristian Roman Catholic di bawah pimpinan Radovan Karadzik tidak mahu Islam berada di negaranya. Di Bosnia Slovodan Milosevik selain mahu mengekalkan greater Serbia dan menghalang Bosnia merdeka juga membuat ethnic cleansing dengan membunuh rakyat beragama Islam. Balkan adalah satu-satunya negara di Eropah yang ramai rakyatnya beragama Islam. 

Pembantaian orang Islam pada tahun 1992 oleh Radovan Karadzik di utara (Croatia) dan Slovodan Milosevik di selatan (Sarajevo) dilakukan oleh tentera. Di Sarajevo tentera Milosevic mengepung dan menembak perumahan orang Islam dari seberang jalan yang memisahkan antara Islam dan Kristian Orthodox. Hingga sekarang kesan kemusnahan rumah dan bangunan masih kelihatan. 

Di Croatia pula Radovan Karadzik yang beragama Roman Catholic telah bertindak ganas dengan membunuh dan memisahkan orang Islam daripada Kristian di Mostar. Semua jembatan di atas Sungai Mostar yang menghubungkan puak Islam dan Kristian telah diruntuhkan.

Rakyat beragama Kristian dibekalkan senjata. Tembak menembak (sebenarnya dari sebelah pihak sahaja) berlaku selama tiga tahun. Pihak tentera telah membuat pengasingan antara rakyat lelaki dan perempuan beragama Islam. Ribuan orang Islam perempuan dibawa keluar dari tanah air termasuk keluar negara. Hingga sekarang tidak diketahui di mana mereka. Entah hidup entah mati. Beberapa kubur besar terus ditemui.

Orang Islam di Bosnia dan di negara Balkan yang lain sebagai rakyat biasa tidak pernah menyangka perang akan berlaku. Mereka tidak mempunyai senjata. Orang-orang Islam dalam angkatan tentera tidak ramai. Mereka telah terlebih dahulu diasingkan dan dibunuh. Ethnic cleansing tidak diketahui langsung oleh dunia Islam yang lain. Langsung tiada bantuan daripada luar. Untuk menyelamatkan diri mereka melarikan diri atau menyamar sebagai orang bukan Islam.

Kebanyakan orang Islam Bosnia telah lari melalui celah-celah pergunungan ke Serbenica. Penduduk Serbenica telah meningkat dari 8000 ke 60,000 orang. Kehadiran mereka beramai-ramai di Serbenica memudahkan tentera Serbia menyembelih orang Islam Bosnia yang sebangsa dengannya pada 10 Julai 1994. Mereka terpaksa melarikan diri pula ke Tusle 30 km jauh melalui celah-celah gunung. Selama 10 hari orang Islam Bosnia di kepung tentera Serbia. Kehadiran tentera PBB telah diserang oleh tentera Serbia.

Tentera dari negara Eropah yang dihantar oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada mulanya hanya memerhatikan sahaja atau tidak mengambil tahu tindakan yang dilakukan tentera Milosrvic dan Karadzik. Pelarian Bosnia di Serbanica cuba berlindung di bawah panji-panji PBB yang berkumpul di sebuah gudang/kilang tetapi hanya 300 orang dibenarkan. Yang lain diasingkan antara lelaki dan perempuan serta kanak-kanak. Orang perempuan dibawa dengan trak askar ke tempat yang tidak diketahui. Mereka yang melarikan diri ke Tusle juga tidak ditemui hidup atau mati. Serbia telah menubuhkan Republik Serpska di Serbenica pada Nov 1995. Ia tidak lagi menjadi sebahagian daripada Bosnia Herzegovina. 

Dalam tahun 1998 ditemui beberapa kubur besar

Hingga pada satu ketika David Meria seorang berbangsa Peranchis yang cintakan keamanan telah datang ke Serbenica dengan bendera PBB. Dia telah dikerumuni rakyat Bosnia untuk memohon bantuan. Beliau telah melaporkan kepada PBB keadaan sebenar di Balkan. Penduduk Serbenica telah menjadi people of UN.

Dalam tahun 1994 Karadzik ditangkap di Croatia. Sebenarnya rakyat beragama Islam dan Kristian terutama Roman Catholic tiada masalah hidup bersama di Croatia (Zagreb) dan Bosnia (Sarajevo). Rakyat Bosnia dan Croatia telah telah mendapat bantuan barat. Dengan kekuatan seramai 300,000 kekuatan Serbia telah dapat dimusnahkan selama 20 hari dalam tahun 1995.

Radovan Karadzik telah dikenang oleh rakyat Croatia dan Bosnia sebagai ‘Penjenayah Serbia’ atau crime of Serb. Anaknya sendiri telah membunuh diri kerana tidak mahu dikenang sebagai anak penjenayah. Surat yang ditulis menyatakan mengapa dia membunuh diri disimpan di Muzium Zagreb. 11 Julai setiap tahun mulai 1995 dikenang sebagai World Genocide Day.

Sehingga perang tamat 1995 seramai lebih satu juta orang Islam Bosnia melarikan diri atau dibawa keluar negara. Bangsa-bangsa Bersatu paling banyak membawa keluar orang Islam Bosnia ke Eropah, Amerika dan Australia.

Pertelingkahan di Albania dan Macedonia

Secara mudah rakyat Balkan terdiri daripada bangsa Slav dan Iliria. Bangsa Slav menganut agama Islam, Roman Catholic dan Kristian Orthodox. Orang Islam Slav banyak tinggal di Bosnia, Serbia dan Montenegro. Orang Slav beragama Roman Catholic di Croatia dan Slovenia kerana negara-negara tersebut berhampiran Rom. Orang-orang Slav beragama Orthodox banyak di Serbia, Mintenegro, Macedonia dan Bulgaria (bukan Balkan). Meteka beragama Orthodox kerana berdekatan denga Greece yang lebih banyak dipengaruhi Kristian Byzantian di Constantinopole atau Istanbul sekarang. Kebencian mereka kepada Islam begitu ketara selepas penaklukan Constantinopole oleh Sultam Muhamad al Fateh 1463.

Bangsa Iliria ada yang Islam dan ada yang bukan Islam. Orang-orang Islam Iliria ramai di Albania, Kosovo, Macedonia dan Montenegro. Di Albania orang Iliria yang beragama Islam ada 50%. Orang bukan Islam Iliria di Albania beragama Roman Catholic. Di Macedonia orang Iliria (kadang-kadang dipanggil Albanian) beragama Islam cuma 30% sedangkan bukan Islam Slav (kadang-kadang dipanggil Macedonian) ada 70%. 

Walaupun orang Slav bukan Islam di Macedonia (Macedonian) adalah majoriti (70%), oleh kerana dari segi politik mereka berpecah kepada dua parti politik, mereka tidak menguasai Parlimen Macedonia. Orang Iliria sama ada Islam atau bukan Islam yang berpendidikan tinggi dan kaya dicemburui puak Slav yang tidak beragama Islam. 

Pada tahun 1999 Presiden Clinton telah menghukum Slovodan Milosevik dan membebaskan orang-orang Iliria daripada cengkaman Milosevik yang berbangsa Slav beragama Kristian Orthodox. Maka negara Mecedinia-Albania telah berpisah. Clinton berbuat demikian ketana pengaruh bangsa Iliria yang ada di seluruh dunia. Mother Theresa adalah bangsa Iliria. Cinton dipuja di Albania dan Macedonia. Amerika terus mengekalkan cengkaman di Macedonia. Amerika berbuat demikian untuk mengurangkan pengaruh Rusia dan Turki di Eropah Timur.

Banyak pengajaran boleh diambil dari sejarah perang saudara di Balkan. Namun ia boleh dilihat dari pelbagai perspektif mengikut kecenderungan fahaman masing-masing. Tulisan ini saya buat berdasarkan pemerhatiam saya sendiri dalam lawatan saya bersama Kembara Sufi Travel ke Italy, Austria, Balkan, Bulgaria dan Turki dari 22 April hingga 4 Mei 2017. 

Saudara Edin Ogresevie yang betbangsa Slav beragama Islam tinggal di Sarajevo yang menjadi pemandu pelancong kami telah memberi penjelasan yang sangat baik dan adil.  Pengetahuannya tentang sejarah Eropah amat baik. Sila lawat websitenya di http://www.meetbosnia.com. Beliau boleh dihubungi di talian +38761240286 atau info@meetbosnia.com untuk mendapat maklumat lanjut. 

Beberapa buku juga boleh dirujuk. Antaranya Bosnia a Short History oleh Noel Malcom. Black Lamb and Grey Falcon: A Journey Through Yugislavia oleh Rebecca West (2006).  Satu movie di dalam youtube bertajuk Hassan Nuhanovic hasan nuhanovic srebrenica menceritakan kisah peperangan di Bosnia.

Lain-lain movie:

Grbavica Jasmila zbanic got Golden Bear Berlin story about rape during bosnian war.

No mans land by Danis Tanovic got an oscar. Story of an uninvolvance in bosbian war.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s