Kembara Balkan Bersama Kembara Sufi Bahagian 3: Venice.

Pagi Isnin 24 April 2017 hari ketiga pengembaraan kami ke Venice sebuah pulau percutian tersohor di seluruh dunia sebagai syurga bagi pasangan dalam percintaan dan pengantin baru berbulan madu di Eropah. Sejak kecil hingga remaja dan dewasa minda saya telah disumbat dengan cerita keindahan dan keasyikan Venice di Italy. Sejak itu juga saya telah menyemat tekat untuk berbulan madu bersama isteri bila ada kesempatan. 

Kebetulan ketika di UK antara akhir 1997 hingga pertengahan 2001 semasa membuat PhD saya tidak punya kesempatan ke Venice walaupun telah sampai ke Switzeland, Sepanyol, Peranchis dan Germany. Semasa bertugas pun tiada peluang untuk ke Italy terutama Venice walaupun banyak negara Eropah lain saya lawati. Mungkin tiada keperluan lawatan rasmi dengan tujuan pendidikan atau peperiksaan dapat dibuat di Venice. 

Oleh sebab itu ajakan Yaakob dan Rosnah untuk menyertai KS dalam lawatan yang ada di dalamnya destinasi Venice saya terus menerimanya dengan semangat berkobar-kobar. Yaakob sudah tiga kali pergi katanya tetapi tidsk bersama Rosnah. Rusinah dan suami juga belum pernah pergi.

Pagi itu seawal 5.30 kami sudah digerakkan oleh wake up call pihak Hotel Russott. Sebenarnya malam itu kami tidak berapa mahu tidur kerana perubahan waktu dengan beza enam jam lebih lewat daripada Malaysia selain ketidaktentuan lena tidur dalam kapal terbang pada malam sebelumnya.

Saadah selepas solat subuh yang telah masuk waktunya pada pukul 4.13 pagi telah bersiap-siap menyediakan bekalan makanan untuk lunch dan menggosok pakaian untuk hari itu sambil mengemas beg. Kami membawa travel cooker yang kami beli di Osaka dalam trip sebelumnya tidak sampai sebulan daripada tarikh ke Balkan ini. Kami juga membawa satu kilo beras dan makanan dalam tin Adabi. Kawan-kawan lain juga terutama Yaakob dan Rusinah masing-masing membawa travel cooker. Yaakob punya travel cooker saya yang belikan di Osaka.

Selepas sarapan pagi pada pukul 6.30 di coffee house hotel kami memasukkan beg ke dalam bas di samping bergambar di sekitar hotel. Tepat jam 7.30 bas meninggalkan hotel menuju pulau Venice melalui satu-satunya jembatan yang menghubungkan tanah besar Italy ke satu daripada lapan pulau di sekitar Venice. 

Oleh kerana pulau Venice dikelilingi air, mode pengangkutan yang utama adalah di atas air. Memang ada keretapi dan bas di pulau ini, pelancong lebih gemar menaiki bot, teksi dan gondola yang kesemuanya adalah pengangkutan atas air. 

Kami diturunkan dari bas setelah melalui jembatan lebih kurang sepanjang satu kilometer di Ferrovia. Tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Venice ialah St Marc Square hujung laluan utama air yang berbentuk S. Laluan berbentuk S ini dianggap sebagai highway di Venice yang hanya digunakan oleh bot besar dan teksi air. Oleh itu kesemua 80 orang peserta lawatan KS menaiki sebuah bot besar dari Ferrovia ke St Marc memakan masa kira-kira 25 minit.

Venice adalah ibu kota daerah Veneto di utara Italy. Ia terbina daripada 118 pulau kecil dalam satu lagoon di Laut Adriatic. Tiada jalan raya di sini kerana bangunan dan rumah-rumah yang dibina seperti dikelilingi air yang merupakan kanel-kanel di seluruh kota Venice. Di kiri kanan grand canal yang berbentuk S itu dibina bangunan-bangunan zaman renaissance dan istana-istana Gothic zaman Roman Catholic. 

Di dalam bot Edin menerangkan bahawa di Venice kita tidak dipandu oleh pemandu pelancong. Adalah menjadi satu kesalahan mana-mana pemandu pelancong luar menjalankan tugas di Venice. Orang tempatan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan negara berkenaan sahaja dibenarkan menjalankan tugas itu. Sebenarnya di negara lain juga peraturannya sama. Edin dan Lamia berasal dari Bosnia. Pihak KS juga tidak menyediakan pemandu pelancong di Venice. Jadi kami perlu bergerak sebagai pelancong persendirian walaupun kadang-kadang bergerak berkumpulan. Memang nasihatnya ialah kami perlu bergerak sekurang-kurangnya empat orang supaya tidak hilang. Namun kami atau ketua kumpulan kami bertindak seperti pemandu pelancong.

Di dalam bot yang penumpangnya kumpulan kami 80 orang sahaja selain diterangkan tentang Venice kami diberitahu tempat-tempat yang boleh dilawati dan pukul berapa serta di mana berkumpul semula untuk menaiki bot semula balik ke tanah besar Italy untuk meneruskan perjalanan ke Vienna Austria. Kami perlu berkumpul di jeti 15 minit sebelum bot bertilak pada pukul 12.00 tengahari.

Sebelum kami dilepaskan untuk bergerak secara berasingan kami melawat kilang membuat perhiasan dari kaca dan kristal yang terletak berhampiran jeti tempat kami mendarat dari bot. Kilang kecil ini telah berioerasi sejak berkurun lamanya. Kami dipersembahkan cara membuat kuda daripada kaca yang merupakan logo kereta Ferary buatan Italy. Selepas itu kami dibawa ke galeri jualan dan pameran hasil kaca dan kristal yang tidak murah harganya. Ramai juga termasuk Saadah, Rusibah dan Rosnah yang membelinya sebagai kenangan katanya. 

Tidak sempurna rasanya lawatan ke Venice jika tidak menaiki gondola. Gondola ialah sampan lebih kurang 12 kaki panjang bengkok runcing di kedua-dua hujung. Ia dihias indah dengan warna kebanyakannya hijau. Ia boleh muat maksimum 6 orang penumpang dengan bayaran 80€. Pendayung berdiri di belakang mengendalikan gondola menyusuri kanel atau terusan-terusan di celah-celah rumah dan bangunan serta titi atau jembatan pendek melengkung menghubungkan antara blok-blok rumah. 


Sambil mendayung gondola dengan mahirnya lelaki dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun sentiasa bercakap dengan kami dalam bahasa Italy yang kami tidak fahami satu persatu. Namun kebanyakanya memberitahu kami agar tidak banyak bergerak di atas gondola yang sempit dan mudah tergolek jika kami membuat banyak gerakan. Sesekali dia seakan mengusik atau menakutkan kami dengan mengoleng gondola itu ke kiri dan kanan. Kami berenam dalam satu gondola terduri daripada saya dan isteri, Yaakob dan isteri dan Rusinah bersama suami. Satu pusingan menyusuri terusan dengan gondola itu memakan masa lsbih kurang 45 minit. Puas jugalah kami dibuatnya.


Selepas menaiki gondola kami ke The central square, Piazza San Marco yang terdapat St. Mark’s Basilica. Ia merupakan gereja yang dibina daripada mosaic di zaman Byzantine dan menara loceng Campanike yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong Kristian. Mereka beratur sepanjang lebih 100 meter untuk memasukinya. Kami hanya mengambil peluang mengambil gambar dan membeli belah berupa cenderamata di sekitarnya. 

Agak sukar mencari bilik air awam di Venice itu. Kami berenam cuba memasuki bar dengan niat membeli minuman sambil menggunakan bilik air di dalamnya. Yaakob yang bercakap dengan tuan punya bar menyuruh saya masuk bilik air terlebih dahulu. Bila saya keluar saya dimarahi lelaki lain bagi pihak bar tersebut kononnya saya menggunakan bilik airnya tanpa terlebih dahulu meminta izin. Yaakob cuba menerangkan bahawa dia telah berbuat demikian. Lelaki itu tetap menyatakan tindakan saya itu tidak betul walaupun saya nyatakan saya hendak membeli air minuman dari barnya. Kami berenampun cabut keluar. Rupa-rupanya bilik air awam ada agak jauh dari bar tersebut. Kami jumpa setelah bertanya banyak orang. Bayaran masuk bilik air awam itu ialah 1€ seorang.

Sebelum menghabiskan lawatan di pulau Venice kami berenam makan tengahari berupa bekalan nasi yang dimasak di hotel. Kami menggunakan sebuah taman yang terdapat di luar St Mark Square. Beberapa pasangan dan keluarga ada juga yang makan di situ. Nasi beras wangi (basmati) berlaukkan rendang ayam dalam tin adabi, serundibg daging, ikan sepat masin dan sambal hitam Pahang cukup membuka selera makan tengahari kami di Venice yang vantik pemandangannya.

Seperti dijanjikan kami berenam berjalan kaki balik menuju jeti u tuk menaiki bot. Kami sampai tepat 11.45 pagi. Ada 15 minit lagi sebelum bot berlepas balik. Pukul 11.50 kami telah diminta masuk ke dalam bot. Tepat jam 12.00 tinggal seorang belum masuk. Kami tunggu beberapa minit lagi sehingga 12.15. Setelah disemak rupanya ketua kumpulan bas B yang dilantik KS. Setelah diturut laluan-laluan yang mungkin dia tersesat didapati tiada juga ditemui sehibgga 12.30 tengahari. Edin membuat keputusan bot perlu bergerak tanpa perlu mencari dan menunggu lagi kerana dia adalah staf KS yang difikirkan boleh mencari cara untuk mengejar kami. Ternyata dia boleh mengejar kami menaiki keretapi dan berjumpa di Zagreb Croatia dua hari kemudian.


Setelah melawat menaiki bas kami meneruskan perjalanan menuju Vienna ibu negara Austria.  Sebelum itu kami sibggah di Pusat Islam (masjid) di Mestere tidak jauh dari hotel Russott. Kami makan tengahari yang disediakan pihak KS di situ sebelum solat. Sementara itu kami menunggu En Kamil yang tertinggal di Venice tetapi setelah lebih sejam menunggu tidak juga diketahui khabr beritanya Edin terpaksa meninggalkan passport dan beg pakaian En Kamil di hotel Russott. Pihak KS di Kuala Lumpur dihubungi untuk memberitahu En Kamil agar mengambil paasport dan beg pakaiannya di hotel tersebut kerana dia gagal dihubungi. Semua passport peserta disimpan oleh urusetia.  

Jarak antara Mastere dan Vienna ialah 600 km ke arah timur laut. Bertolak pada pukul 3.00 petang kami dijangka sampai Vienna pukul 11.00 malam. Perjalanan ini menaruk juga untuk dirakamkan. Ikuti ceritanya di Bahagian ke-4.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s