Kembara Italy-Balkan Bersama Kembara Sufi 2

Setelah semua urusan imigresen, tuntutan bagasi dan pemeriksaan kastam (ala kadar sebenarnya) selesai kami keluar beramai-ramai disambut Edin dan Lamia. Dari airport Milan kami dibawa city tour Milan. Bandaraya Milan lebih kurang setengah jam dari airport. 

Milan adalah sebuah kota metropolitan di utara Italy dalam daerah Limbardy. Ia merupakan ibukota bagi fesyen dan rekaan bertaraf global, pusat bagi the national stock exchange yang menjadi hub kewangan antarabangsa. Ia juga terkenal kerana restoran dan pusat membeli belah bertaraf tinggi. Di sini terdapat he Gothic Duomo di Milano cathedral dan the Santa Maria delle Grazie convent. Mural Leonardo da Vinci “The Last Supper,” terletak di kota ini. Ia menjadi sanjungan dan kebanggaan para seniman dan budayawan barat sejak berabad lamanya. 

Selain harga tiket masuk yang mahal dan ramainya pelawat dan pengunjung, kami tidak menjadikannya sebagai itinerary untuk memasuki tempat-tempat itu. Kami hanya melihatnya dari luar dan mengambil gambar. Di luar bangunan-bangunan itupun sudah terdapat banyak daya tarikan untuk pelancong. Kami hanya masuk the Castle of Milan yang tidak mengenakan bayaran masuk. Tidak jauh dari the Castle of Milan ramai pelancong berjalan kaki sambil membeli belah.

Cuaca di Milan pada 23 April hari itu adalah paling baik untuk pelancong terutama dari Malaysia. Dengan suhu sekitar 16 darjah Celcius dan humidity 55% menyebabkan kita selesa walaupun mengenakan jacket nipis sahaja. Angin juga tidak berapa kuat meniup iaitu lebih kurang 12 km.

Walaupun kami mendarat di Milan Italy kami tidak menginap di Milan sebaliknya di Mastere bandar sebelum ke Pulau Venice. Kami bertolak dari Milan ke Venice pada pukul 3.30 petang. Rombongan dua bas KS makan tengahari dan solat zuhur asar di rnr lebih kurang setengah jam dalam perjalanan ke Venice. Pihak KS telah menyediakan makanan dalam kotak dan kami makan di tempat parking bas. Di situ jugalah kami solat. Saya dan isteri walaupun telah makan ketupat berlauk serunding daging dan sambal hitam Pahang pemberian sahabat baik kami Rahmah Yaakob dari Kuala Lipis seminggu sebelum kami bertolak lagi, di rnr itu kami makan lagi.

Perjalanan dari Milan ke Venice memakan masa empat jam. Peraturan pemanduan di Eropah menetapkan pemandu kenderaan awam atau perniagaan seperti bas, lori dan trela tidak dibenarkan memandu melebihi tempoh tertentu untuk memberi peluang rehat tidak kurang daripada 11 jam sebelum memulakan perjalanan pada keesokan harinya. Oleh itu bas kami perlu sampai ke destinasi hari itu sebelum pukul 9.00 malam supaya keesokan paginya kami boleh mengejar bot ke Venice sebelum pukul 8.00 pagi. Setiap dua jam perjalanan bas mesti berhenti bagi membolehkan pemandu berehat dan penumpang buang air.

Kami sampai di Mastere Venice jam 7.30 malam. Kami makan malam di Restoren Bombay setelah Edin membeli tiket bot untuk ke pulau Venice esok pagi. Di Restiren Bombay sesuai dengan namanya kamihidang makanan masakan India yang memang menyelerakan walaupun belum berapa lapar kerana makan tengahari pukul 4.00 petang. Kami 80 orang ditempatkan secara berasingan di dua ruang makan buffet mengikut bas yang kami naiki. Makanan dihidabg antaranya roti nun, sayur-sayuran salad dan tumisan, daging ayam dan kambing. 

Selepas makan kami check in di Hotel Russott tidak jauh dari Restoren Bombay dan dari jeti ke Pulau Venice di Mastere iaitu sebuah bandar kecil yang menghubungkan tanah besar Italy ke pulau Venice. Hotel Russott walaupun tidaklah sebesar mana boleh dikatakan selesa. Pemandu membantu kami mengeluarkan semua beg dari perut bas. Proses check in bilik hotel tidaklah memakan masa yang lama kerana pairing bilik telah dibuat lebih awal oleh pihak KS. Setelah mendapat kunci bilik, password wifi, arah kiblat dan maklumat tentang tempat serta masa mengambil sarapan pagi kamipun masing-masing beradu dalam keadaan yang kepenatan. 

Bersambung ke Bahagian 3.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s