Peperiksaan di MPM dan Pemeriksaan di Puspakom

Apakah perbezaan dan persamaan antara peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan pemeriksaan kenderaan di Puspakom? Pengalaman bertugas di dua badan peperiksaan besar di Malaysia ditambah dengan penyertaan dalam seminar dan persidangan antarabangsa pastinya memberi saya banyak pengetahuan tentang peperiksaan. Sedetik pengalaman saya berurusan dengan Puspakom pula menambah pengetahuan saya tentang pemeriksaan kenderaan di Puspakom.  Continue reading

Advertisements

Kepimpinan dan Pembelajaran

Dalam tahun 2012 semasa di Institut Aminudin Baki (IAB), saya telah menulis dan membentang Kertas Kerja untuk Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-19. Tajuk kertas kerja saya untuk seminar yang bertemakan Kepimpinan Untuk Pembelajaran itu ialah Kepimpinan Untuk Pembelajaran: Belajar Memimpin Diri untuk Membawa Perubahan. Kertas kerja ini walaupun ditulis untuk peserta seminar yang kebanyakannya pemimpin pendidikan di sekolah, namun boleh dikongsikan kepada ramai. Untuk kali ini saya ambil sebahagian artikel dalam kertas kerja itu dengan tajuk Kepimpinan dan Pembelajaran. Continue reading

Soal Jawab Pentaksiran Soalan 1

Soal Jawab adalah satu kaedah pembelajaran atau cara menyampaikan maklumat. Melalui kaedah ini ilmu atau maklumat disampaikan atau diperoleh daripada seseorang yang ada ilmu atau ada maklumat khusus mengenai perkara yang hendak diketahui atau di sampaikan sahaja. Jadi soalan boleh diberi atau diminta. Begitu juga jawapannya. Melalui ruangan ini, saya akan cuba mengamalkan kaedah Soal Jawab untuk menyampaikan maklumat dengan saya yang terlebih dahulu memberi Soalan dan Jawapan. Di samping itu pembaca juga boleh memberi saya soalan dan meminta saya memberi jawapan atau pembaca lain boleh turut memberi jawapan.
Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada di dalam kepala saya dan/atau merujuk buku. Jawapan yang saya berikan adalah jawapan ilmiah berdasarkan ilmu dan maklumat peribadi yang terhad tetapi saya akan  cuba sedaya upaya untuk merujuk buku. Ia tidak mewakili pandangan mana-mana organisasi termasuk organisasi yang saya pimpin iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai punca kuasa pelaksanaan dasar dalam pentaksiran dan pendidikan di Malaysia. Continue reading

Mentaksir dengan Tujuan

Satu daripada prinsip utama yang perlu dijaga dalam pentaksiran atau penilaian atau pengukuran ialah kesahan. Kesahan ialah darjah atau ukuran sejauh mana sesuatu proses pentaksiran itu memberi maklumat yang menepati tujuan atàu kehendak pentaksiran itu diadakan.Hal ini menunjukkan bahawa menilai mesti ada tujuannya. Penilaian tanpa tujuan atau tujuan yang tidak jelas atau berubah-ubah atau salah menyebabkan hasil pentaksiran boleh dipertikai. Continue reading