Haji Ali Ithnin dalam Kenangan

Innalillahi wa innailaihi rajiun (daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita kembali) semalam selepas solat maghrib saya mendapat panggilan telefon daripada rakan lama di Lembaga Peperiksaan, Haji Muhamad Ismail mengkhabarkan bahawa bekas ketua kami Tuan Haji Ali Ithnin telah kembali ke Rahmatullah.
Continue reading

Adab di Rumah Sakit dari Perspektif Pesakit

Didorong rasa ingin sentiasa menjaga adab di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, saya menjadi begitu berhati-hati sekali semasa dua hari di HUSM. Mengingat semula nostalgia tinggal di Wad 4 Selatan pada 29 Ogos dan Wad Kawalan Rapi Orthopedik pada 30 Ogos 2012, isteri saya meminta saya menulis tajuk ini berdasarkan pengalaman sendiri.
Continue reading

Cerita Humor Sekitar Sakit 1

Allahyarham ayah mertua saya Hj Bahrudin bin Muhayat, semoga rohnya dicucuri rahmat, sebelum menikah dengan ibu mertua saya, bekerja dengan bakal mertuanya seorang yang terkenal kaya dan pemurah di kampungnya di Sabak Bernam Suatu hari dia demam selsema. Dia memohon cuti rehat setelah penat bekerja yang memang tiada cuti rehat berjadual kerana kerja kampung.
Continue reading