Perjalanan ke HUSM Catatan 14

Rentetan Peristiwa Sehingga Saya Tumbang

Hari ini Selasa 4 Sept 2012 jam 8.00 pagi. Genap 2 bulan saya tumbang pada 4 Julai 2012. Sejak lepas solat tahajud, taubah, hajat, subuh, maathurat sambil baring,  sarapan, makan ubat, sedikit regangan jalan bertongkat krliling tumah dan hantar ibu ke kereta nak balik kampung barulah sekarang  baring sambung  catatan ini.
Continue reading

Perjalanan ke HUSM Catatan 11

Bagaimana Kesudahan Tak Dapat Tidur

Dalm kapal terbang terasa juga kesan perubahan tekanan udara yg mengecil menyebabkan berat badan bertambah. Berfikir lagi terus tak boleh tidur. Masa nak landing terasa lebih selesa baru nak mengantuk tapi dah landing. Mungkin sampai rumah nanti boleh tidur sebab bonding antara diri, rumah, bilik tidur sendiri, perkakas rumah dan anak-anak. Ibu tersayang juga datang dari kampung menunggu sejak sebelum bertolak ke KB.

Continue reading

Perjalanan ke HUSM Catatan 8

Jumaat 31 Ogos 2012

Masih di wad kawalan rapi Jabatan Orthopedic. Semalaman tak tidur malam otak dan badan rasa cergas walaupun otak banyak bekerja menyoal dan menjawab sendiri persoalan yang timbul sendiri. Rasa bimbang memang ada tapi rasional ditemui hasil ingatan kuat dari bacaan dan perbincangan yang banyak bersama tetamu yang datang menziarah sebelum ke HUSM. Selama dua bulan hampir berulang-ulang otak bekerja tentang perkara yang sama. Betul salah tak berapa penting tapi maklumat ada. Beban otak berkurang walau terpaksa menyoal dan jawab sendiri. Isteri sedang tidur di rumah tamu.

Continue reading