Kepimpinan Untuk Pembelajaran

Apabila dikaji secara mendalam, konsep kepimpinan, lebih-lebih lagi dalam pendidikan, adalah sama dengan konsep pengajaran. Mengapa guru mengajar? Jawapannya tentulah untuk membantu murid belajar. Kata sendi ’untuk’ di atas bermaksud tujuan (purpose) iaitu tujuan pengajaran adalah membantu atau memudahcara (facilitate) murid belajar. Oleh itu, secara mudah bolehlah kita katakan bahawa pengajaran (teaching) adalah untuk pembelajaran. Hal ini bermaksud, guru yang baik pengajarannya (guru berkesan) mampu menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan juga. Pengajaran dan pembelajaran berkesan mampu mengubah (transform) bukan sahaja individu yang terlibat dengan proses pendidikan itu, malahan organisasi pendidikan dan sistem pendidikan keseluruhannya. Continue reading

Kepimpinan dan Pembelajaran

Dalam tahun 2012 semasa di Institut Aminudin Baki (IAB), saya telah menulis dan membentang Kertas Kerja untuk Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan ke-19. Tajuk kertas kerja saya untuk seminar yang bertemakan Kepimpinan Untuk Pembelajaran itu ialah Kepimpinan Untuk Pembelajaran: Belajar Memimpin Diri untuk Membawa Perubahan. Kertas kerja ini walaupun ditulis untuk peserta seminar yang kebanyakannya pemimpin pendidikan di sekolah, namun boleh dikongsikan kepada ramai. Untuk kali ini saya ambil sebahagian artikel dalam kertas kerja itu dengan tajuk Kepimpinan dan Pembelajaran. Continue reading

Pendidikan Karektor di Asrama 1Malaysia

Semalam 19 Julai 2013 adalah hari lahir saya yang ke 57. Saya disambut dan dirayakan oleh warga Asrama 1Malaysia Maktab Sabah atau nama asalnya Sabah College. Saya ke sekolah ini kerana Majlis Berbuka Puasa yang dirancang oleh kementerian untuk dihadiri pemimpin pendidikan pusat ke sekolah-sekolah seluruh negara sebagai salah satu pengisian program Sekolah Penyayang dalam bulan puasa ini.
Continue reading

PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Konsep & Panduan Pelaksanaan

Semalam, balik dari satu mesyuarat, saya mendapat senaskah buku baru di atas meja saya yang saya yakin dihantar oleh penulisnya sendiri yang juga sahabat karib saya Dr Zainuriyah Abdul Khatab. Buku PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Konsep & Panduan Pelaksanaan (terbitan 2013) ditulis oleh seorang yang punya authority kerana beliau bukan sahaja telah lama mendambakan diri bertugas di Lembaga Peperiksaan Malaysia, malahan memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang Pengukuran dan Penilaian dari UKM dalam tahun 2009.
Continue reading